Bahagian viii

KELAHIRAN DAN PANTANG ADAT
Kelahiran
54. Mana-mana perempuan yang melahirkan bayi di rumah kepunyaan atau penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri dan boleh dikenakan membayar kepada pemunya atau penghuni rumah sogit 1 ekor unggas.

Perbuatan dilarang dalam tempoh "Mobpoud"
55.Sesiapa jua pun yang, tanpa sebab-sebab munasabah,berjalan dibawah pokok buah atau memasuki kebun buah-buahan kepunyaan orang lain dalam tempoh " mobpoud" yang sedang dipatuhi apabila suami atau isterinya mati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri dan boleh dikenakan-

( i ) membayar kepada pemunya pokok buah atau kebun buah-buahan itu " sogit " 1 ekor ternakan atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut  dendan adat : atau

( ii ) jika ingkar -
       ( a) denda tidak melebihi 1000 ringgit : atau
       ( b) penjara selama tempoh tidak melebihi 1 minggi : atau
       ( c) denda dan penjara kedua-duanya.

Larangan Adat
56. (1 ) sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah,melanggar atau gagal memetuhi mana-mana larangan mengikut adat dalam tempoh keadaan yang orang tidak kehendaki untuk mematuhi di bawah adatnya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri dan boleh dikenakan -

        (i) membayar kepada pihka yang terkilan sogit tidak melebihi 3 ekor unggas : atau
        (ii) jika ingkar
            (a) denda tidak melebihi 100 Ringgit : atau
            (b) penjara selama tempoh tidak melebihi 1 minggu : atau
            (c) denda dan penjara kedua-duanya.

       (2) Dalam kaedah ini." Larangan adat " ertinya sesuatu perbuatan atau aktiviti yang dilarang dibawah undang-undang adat anak negeri sebagai tanda atau simbol peghormatan dan pemujaan mana-mana peristiwa atau kejadian yang dianggap bersifat ketuhanan dan suci di bawah adat anak negeri sabah.

Masuk Rumah selepas Pengebumian
57.sesiapa jua pun yang ,tanpa sebab-sebab munasabha,masuk ke rumah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain selepas sahaja menghadiri upacara pengebumian adalah melakukan peranggaran undang-undang adat anak negeri dan boleh dikenakan -

        (i) membayar kepada pemunya atau penghuni rumah itu sogit tidak melebihi 3 ekor unggas : atau
        (ii) jika ingkar-
            (a) denda tidak melebihi 100 Ringgit : atau
            (b) penjara selama tempoh tidak melebihi 1 minggu :atau
            (c) denda dan penjara kedua-duanya.