Bahagian vii

MUNGKIR JANJI

53. sesiapa jua pun yang, tanpa sesbab-sebab munasabah , enggan menunaikan sesuatu janji adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri koimanan dan boleh dikenakan membayar pampasan pada kadar tidak melebihi 20peratus daripada jumlah harga belian yang dipersetujui atau mengikut mana yang berkenaan , perkataan bagi janji itu :

Dengan syarat tiada orang boleh dipaksa untuk menunaikan apa-apa janji jika orang yang satu lagi telah membuat pilihan untuk menuntut pampasan.

CONTOH-CONTOH

          ( a ) A enggan menunaikan janjinya kepada B kerana A akan lebih senang jika janji itu tidak ditunaikan.

          ( b ) A enggan menunaikan janjinya kepada B kerana pengaruh dan gangguan orang ketiga yang seharusnya boleh dielak oleh A.

          ( c ) A enggan menunaikan janjinya kepada B kerana bantahan daripada mana-mana ahli keluarga A yang seharusnya boleh dielak oleh A.

         ( d ) A enggan menunaikan janjinya kepada B kerana perubahan keadaan yang kerananya A akan mengalami atau menjangka kerugian jika janji itu ditunaikan.