Bahagian IV
Perkahwinan,pertunangan
dan pikatan
Perkahwinan diantara
sanak saudara
12. ( 1 )
mana-mana lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang adalah saudaranya
melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging adalah melakukan perlanggaran
undang-undang adat anak negeri pitas dan boleh dikenakan –
( i ) membayar kepada ibubapa
perempuan itu sogit 1 ekor ternakan atau barang-barang lain yang senilai
denganya mengikut denda adat ; atau
( ii ) jika ingkar
( a ) denda tidak
melebihi 1000 ringgit ; atau
( b ) penjara selama
tempoh tidak melebihi 1 bulan ; atau
( c ) denda dan penjara
kedua-duanya
( 2 ) Dalam keadah ini,seseorang itu
hendaklah disifatkan sebagai saudara melelui pertalian sedarah sedaging jika
seseorang itu termasuk dalam persetubuhan kekariban yang ditetapkan dan
disenaraikan dalam jadual II.
Penamatan pertunangan
13. (1 )
sesiapa jua, yang bertunang,menamatkan pertunangan itu tanpa sebab-sebab yang
munasabah adalah melakukanperlanggaran undang-undangadat negeri dan boleh
dikenakan-
( i ) ( a ) membayar kepada pihak
yang terkilan babas tidak melebihi 2 ekor ternakan atau barang-barang lain yang
senilai denganya mengikut denda adat;atau
( b ) membayar kepada pihak terkilan
denda malu 1 ekor ternakan ; atau
( ii ) jika ingkar –
( a ) denda tidak melebihi 1500 ringgit
; atau
( b ) penjara selama tempoh tidak
melebihi 1 bulan ; atau
( c ) denda dan penjara kedua-duanya.
( 2 ) jika
da perjanjina kolateral dibuat diantara pihak-pihak tersebut,pihak yang
memungkiri hendaklah , melainkan jika diarah disebaliknya oleh mahkamah,
melaksanakan syarat-syarat perjanjian itu.
( 3 ) jika
pihak yang terkilan ialah tuning perempuan –
( i ) ( a ) dia tidak dikehendaki
mengembalikan apa-apa mas kahwin atau pemberian pertunangan yang telah
diberikan kepadanya; atau
( b ) dia adalah berhak memperoleh
apa-apa mas kahwin atau pemberian pertunangan yang telah dipersetujui pada masa
atau sebelum peminangan.
( 4 ) jika
pihak yang terkilan ialah pihak lelaki , dia adalah berhak untuk mendapat
kembali apa-apa mas kahwin atau pemberian pertunangan yang telah diberikan
olehnya kepada tunangnya itu.
Paksaan
untuk berkahwin
14 . Dalam
kaedah-kaedah ini , tiada orang boleh dipaksa untuk berkahwin sekiranya-
( a ) pehak yang terkilan itu telah
memohon atau diaward babas dan denda malu ; atau
( b ) kedua-dua pihak pertunangan
itu saling bersetuju kepada penamatan pertunangan itu ; atau
( c ) pada pendapat mahkamah
,pertunangan itu telah terputus sehingga tidak dapat dipulihkan.
Persetubuhan
haram seseorang yang telah bertunang
15. (1 )
sesiapa jua pun , yang bertunang ,melakukan persetubuhan haram dengan mana-mana
orang , yang adalah bukan orang yang kepadanya dia bertunang untuk berkahwin ,
adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri ( mianu- anu_ dan
boleh dikenakan –
( i ) ( a ) membayar kepada pihak
yang terkilan sebagaimana yang ditentukan oleh pihak mahkamah ( sogit ) 1 ekor
ternakan atau barang- barang lain yang senilai dengannya mengikut denda adat ;
atau
( b ) membayar kepada pihak yang
terkilan denda malu 1 ekor ternakan; atau
( ii ) jika ingkar –
( a ) denda tidak melebihi 1000 ringgit
; atau
( b ) penjara selama tempoh tidak
melebihi tempoh 6 bulan ; atau
( c ) dedna dan penjara kedua-duanya.
( 2 ) jika
apa-apa perlanggaran di bawah kaedah ini mengakibatkan mana-mana pertunangan
,orang yang melakukan perlanggaran boleh dikenakan –
( i ) ( a ) membayar kepada pihak
yang terkilan ( sogit ) tidak melebihi 2 ekor ternakan atau barang-barang lain
yang senilai dengannya mengikut denda adat ; atau
( b ) membayar kepada pihak yang
terkilan denda malu 1 ekor ternakan ; atau
( ii ) jika ingkar –
( a ) denda tidak melebihi 2000 ringgit
;atau
( b ) penjara selama tempoh tidak
melebihi 12 bulan ; atau
( c ) denda dan penjara kedua-duanya
16. ( 1 ) sesiapa pun jua yang melakukan kesalahan persetubuhan haram dengan tuning orang lain
adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat anak negeri mianu-anu dan boleh dikenakan -
( i ) ( a) membayar kepada pihak yang terkilan sogit 1 ekor ternakan atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut denda adat : dan
( b ) membayar kepada pihak yang terkilan denda malu 1 ekor ternakan : atau
( ii ) jika ingkar -
( a ) denda tidak melebihi 1000 ringgit : atau
( b ) penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan :atau
( c ) denda dan penjara kedua-duanya.
( 2 ) jika apa-apa perlanggaran di bawah kaedah ini mengakibatkan penamatan pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh dikenakan -
( i ) ( a ) membayar kepada pihak yang terkilan sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah, sogit tidak melebihi 2 ekor ternakan atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut denga adat : dan
( b ) membayar kepada pihak yang terkilan denda malu 1 ekor ternakan : atau
( ii ) jika ingkar -
( a ) denda tidak melebihi 2000 ringgit : atau
( b ) penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan : atau
( c ) denda dan penjara kedua-duanya.
17. ( 1 ) sesiapa pun jua yang memikat atau membawa pergi tunang orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat negeri dan boleh dikenakan -
( i ) membayar kepada pihak yang terkilan sogit tidak melebihi 2 ekor ternakan atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut denda adat : atau
( ii ) jika ingkar -
( a ) denda tidak melabihi 2500 ringit : atau
( b ) penjara selama tempoh tidak melabihi 18 bulan : atau
( c ) denda dan penjara kedua-duanya